Sunday, September 28, 2008

Pengeluaran KWSP Untuk Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Pengeluaran KWSP Untuk Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II anda untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi kewangan yang dibenarkan oleh KWSP bagi tujuan membiayai pembelian atau pembinaan rumah seperti berikut:

Pembelian secara perseorangan; atau
Pembelian secara bersama dengan suami/isteri, ahli keluarga atau individu lain; atau
Membantu suami/isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami/isteri.
Kelayakan Memohon Anda layak memohon sekiranya anda adalah:
Ahli warganegara Malaysia; atau
Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR); dan
Anda perlu mempunyai baki simpanan minimum sebanyak RM500 dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.

Lihat: Pengeluaran Meninggalkan Negara

Anda tidak layak memohon sekiranya:
Tujuan pinjaman adalah untuk:

  • mengubahsuai,
    membaiki, atau
    membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atas tujuan peribadi;
    Pinjaman adalah di dalam bentuk overdraf;
    Pinjaman dibuat daripada individu.

Jumlah Yang Boleh DikeluarkanJumlah pengeluaran minimum tidak kurang daripada RM500 dan jumlah pengeluaran maksimum tertakluk kepada semua simpanan Akaun II atau baki pinjaman perumahan, mengikut mana yang kurang.

Jenis Pengeluaran
Perseorangan / Membantu Pasangan
Bersama Suami / Isteri / Ahli Keluarga / Individu Lain
Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAUSemua simpanan dalam Akaun II tertakluk kepada amaun pengeluaran minimum tidak kurang daripada RM500 dan jumlah baki pinjaman perumahan.
Jumlah baki pinjaman perumahan; ATAUSemua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun pengeluaran minimum tidak kurang daripada RM 500.00 dan jumlah baki pinjaman perumahan.
Anda juga boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.
Kekerapan Pengeluaran Permohonan pengeluaran boleh dibuat sekali setahun daripada tarikh Pengeluaran Perumahan terakhir dan mempunyai baki simpanan dalam Akaun II dengan jumlah minimum RM500.
Pertanyaan Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pengeluaran ini, sila hubungi:

Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8732 6000
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

Source: http://www.kwsp.gov.my/

quoted from: http://www.putraproperty.com/listing-Pengeluaran+KWSP+Untuk+Mengurangkan++Menyelesaikan+Baki+Pinjaman+Perumahan-437.html